Peminat dan pesaing S.S._Lazio

Pemain Lazio dan Roma bersama-sama bertafakur seketika memperingati kejadian gempa bumi L'Aquila 2009.

Lazio merupakan kelab keenam memiliki peminat tertinggi di Itali dan sekitar 2% daripada peminat bola sepak Itali merupakan peminat Lazio menurut akhbar La Repubblica pada 2008. Dahulunya, peminat Lazio di kota Rom berasal dari utara seperti Parioli, Prati, Flaminio, Cassia dan Monte Mario.[27]

Ditubuhkan pada 1987, Irriducibili Lazio merupakan ultras terbesar bagi kelab ini. Biasanya, pada masa tertentu mereka memaparkan ultras tradisional Itali untuk perlawananDerby della Capitale (Pertembungan Ibu Kota)[28] iaitu perlawanan antara Lazio dan musuh ketatnya, Roma dan ia adalah antara persaingan bola sepak paling hangat dan penuh emosi di dunia.[29] Penyokong Lazio, Vincenzo Paparelli maut pada satu perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan ini ketika musim 1979–80 selepas matanya dilempar bunga api oleh penyokong Roma.[30] Selain itu, Lazio juga mempunyai persaingan yang kuat dengan kelab Napoli dan Livorno. Malah, ultras Lazio menjalani hubungan yang baik dengan kelab Inter, Triestina dan Hellas Verona.